Kata Aluan Ketua Jabatan

Selain kemudahan portal rasmi yang menyediakan maklumat terus kepada pengguna, sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar juga turut dibangunkan dan disertakan dalam portal ini bagi memudahkan pelajar, penyelia dan pembimbing bagi tujuan bimbingan, pemantauan dan penilaian pelajar dalam melaksanakan Latihan Mengajar. Ini merupakan suatu usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan yang melibatkan teknologi kearah pembangunan modal insan yang kritis dan kreatif, mahir menyelesaikan masalah, inovatif, berdaya tahan, progresif, mampu bersaing serta fleksibel menangani sebarang perubahan dalam persekitaran global masa kini.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyediakan laman web JLMI ini. Semoga ianya akan membantu meningkatkan pelaksanaan LM untuk menjana kecemerlangan profesionalisme bakal pendidik.

Sekian, terima kasih.

Dr Azman Bin  Hasan
Ketua Jabatan Latihan Mengajar & Industri

I BUILT MY SITE FOR FREE USING