Jabatan Latihan Mengajar & Latihan Industri

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Pengenalan

Pengenalan

Agenda utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia. Sehubungan itu, guru-guru seharusnya memiliki kualiti Standard Guru Malaysia seperti berikut: mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan.

Learn More
Kata Aluan Ketua Jabatan

Kata Aluan Ketua Jabatan

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, suatu pendekatan informasi dalam talian telah dapat disediakan oleh Jabatan Latihan Mengajar & Industri (JLMI) untuk diaplikasikan bagi kemudahan kepada pelajar, penyelia dan pembimbing dalam melaksanakan latihan mengajar, latihan industri dan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Segala maklumat berkaitan latihan akan dapat disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan.

Learn More
Matlamat

Matlamat

Latihan mengajar memberi peluang kepada pelajar mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar di dalam kelas dan sekolah atau institusi pendidikan. Pelaksanaan program ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta permuafakatan antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), sekolah, politeknik, kolej komuniti dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Learn More

Struktur Organisasi

Struktur Organisasi Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri

Learn More
  • Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri
  • Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor.
Pelaksanaan LM image
Syarat
  • Tertakluk kepada syarat pengajian dan peraturan Akademik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Penempatan
  • Penempatan guru pelatih dibuat secara pemuafakatan antara UTHM dan sekolah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri/BPTV
  • Penempatan guru pelatih adalah mengikut bidang pengajian di UTHM dan kesediaan sekolah.
  • Guru pelatih ditempatkan di mana-mana institusi pendidikan yang berkaitan atau di sekolah rendah/menengah mengikut bidang yang berkaitan.

Tempoh
  • Tempoh minimum pelaksanaan latihan mengajar adalah selama 16 minggu.
  • Sebarang tambahan lain adalah tertakluk kepada struktur kursus yang ditentukan oleh Jawatankuasa Akademik atau Senat dan Peraturan Akademik UTHM.

Bilangan Waktu Mengajar
  • Bilangan waktu mengajar adalah 8 – 12 waktu seminggu merangkumi mata pelajaran major/pengkhususan dan minor/elektif.
  • Syarat-syarat lain berkaitan dengan bilangan waktu mengajar adalah mengikut keperluan kursus di UTHM.

Bimbingan
  • Bimbingan oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing secara berterusan mesti diamalkan sepanjang latihan mengajar meliputi bimbingan pengetahuan kandungan pedagogi dan profesionalisme.
  • Guru pembimbing perlu merekod bimbingan yang diberikan.

Bilangan Penyeliaan
  • Penyeliaan hendaklah berasaskan kepada prinsip dan kaedah penyeliaan klinikal.
  • Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.
  • Bilangan penyeliaan minimum yang dicadangkan adalah seperti berikut :-
    Pensyarah Penyelia : 3 kali
              Guru Pembimbing : 5 kali
  • Pihak UTHM berhak menentukan bilangan penyeliaan yang wajar mengikut struktur atau peruntukan kursus di UTHM.
  • Penilaian bersama antara Penilai Kedua dan Guru Pembimbing perlu bagi kes-kes khas (cemerlang atau gagal).

Penyediaan Rancangan Mengajar
  • Penulisan Rancangan Mengajar adalah secara dalam talian dengan menggunakan Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar.
  • Penulisan Log Harian serta Jurnal juga perlu ditulis dan dilengkapkan seperti yang disediakan di dalam sistem tersebut
  • Penilaian penyediaan Rancangan Mengajar adalah secara sistem dalam talian. 

Penyediaan Portfolio Pengajaran
  • Semua bahan yang terlibat bagi penghasilan portfolio adalah perlu secara salinan lembut (softcopy). Perlu dihantar setelah tamat LM dan menyerahkan kepada pihak Jabatan Latihan Mengajar & Industri dalam bentuk CD berdasarkan format yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti.

Kembali​​​
Penempatan LM image
Penempatan pelajar adalah berdasarkan permohonan yang telah diisi dalam Sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar namun tertakluk kepada persetujuan Jawatankuasa Latihan Mengajar Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional.

Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan penempatan di dalam sistem berserta penyelia yang telah ditentukan.

Kembali​​​
Panduan dan Peraturan Guru Pembimbing image
Kriteria Pembimbing
  • Guru terlatih yang berpengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun dan telah disahkan jawatan.
  • Mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan dan bidang pengkhususan yang sama dengan pelatih.
  • Boleh membimbing maksimum dua (2) orang pelatih secara berterusan dari mula hingga selesai program latihan mengajar.
  • Bilangan penyeliaan sekurang-kurangnya 5 kali sepanjang tempoh latihan mengajar.
  • Mengisi borang permohonan Maklumat Pembimbing dalam borang Pendaftaran Pembimbing di sistem E-Pengurusan Latihan Mengajar FPTV
 
Panduan Pembimbing
  • Pembimbing perlu melaksanakan bimbingan secara berterusan.
  • Pembimbing hanya boleh membimbing maksimum dua (2) orang pelatih.
  • Pembimbing yang dilantik diminta melakukan penyeliaan satu kali seminggu atau sekurang-kurangnya lima kali sepanjang tempoh latihan dengan menggunakan borang penilaian yang disediakan.
  • Bimbingan dibuat secara teratur dan berkesan berpandukan kepada Garis Panduan Latihan Mengajar UTHM.
  • Tuntutan pembimbing hanya layak dibayar kepada seorang pembimbing dengan seorang  pelatih atau seorang pembimbing dengan dua orang pelatih. Tuntutan pembimbing tidak layak dibayar kepada seorang pelatih dengan dua pembimbing.
 
Tuntutan Elaun Khas Pembimbing
  • Tuntutan elaun dibuat menggunakan Borang Tuntutan Pembimbing Program Latihan Mengajar (UTHM/FPTV/LM/01/10-3).
  • Borang tuntutan perlu disertakan dengan dokumen berikut:
    • Salinan surat perlantikan rasmi sebagai pembimbing daripada UTHM.
    • Borang penyeliaan pelatih lima kali sepanjang tempoh Latihan Mengajar. (UTHM/FPTV/LM/02/01-1 dan UTHM/FPTV/LM/02/01-2).
    • Salinan muka depan buku akaun bank yang jelas dan boleh dibaca.
  • Borang yang telah lengkap hendaklah dimajukan kepada Pejabat FPTV setelah tamat latihan mengajar.

Kembali​​​
I BUILT MY SITE FOR FREE USING